Bagaimana CRM dapat membantu anda Menguruskan Database Pelanggan
Database? Apa itu Database Pelanggan? Mungkin ada di antara anda yang pertama kali lihat dan dengar perkataan ini. Mungkin ada juga yang pernah lihat tapi tidak tahu maksud disebalik istilah Database. Database mungkin istilah yang agak canggih buat sesetengah usahawan. Sebenarnya jika anda menguruskan jual beli produk atau servis, Database adalah satu benda yang anda guna pakai setiap hari
Jadi apa itu Database Pelanggan?
Database dalam bahasa mudahnya adalah maklumat pelanggan yang anda miliki. Contohnya, nama, emel dan nombor telefon pelanggan anda. Tak kiralah yang pernah membeli, yang pernah hubungi anda tapi tak membeli atau mungkin juga pernah tinggalkan nombor telefon mereka di facebook page anda. Database ni adalah satu benda yang anda boleh guna pada bila-bila masa sahaja yang anda mahu.
Cuma nak guna Database dengan cara yang betul ada strateginya. Silap strategi, Database ini akan menjadi mimpi buruk buat anda. Anda perlu berhati-hati sebelum gunakan Database ini untuk apa-apa kempen yang anda akan jalankan. Cukup dengan definisi Database, mari kita ke bahagian bagaimana cara untuk anda urus Database untuk naikkan jualan produk atau servis yang anda jalankan sekarang.
Bagaimana CRM dapat membantu anda Menguruskan Database Pelanggan
Untuk mudahkan anda urus Database yang anda ada, anda boleh gunakan strategi CRM atau Customer Relationship Management. Strategi ini adalah cara mudah untuk anda pastikan Database yang anda miliki disusun dan dihubungi mengikut tertib yang betul. Tidaklah berterabur sehingga menyebabkan pelanggan yang anda hubungi terasa diganggu dengan kempen-kempen pemasaran yang anda jalankan.
Jadi apakah strategi CRM yang boleh bantu untuk mudahkan anda urusDatabase anda?
#1 Susun Database Menggunakan Sistem
Kalau sekarang saya tanya anda, dimanakah anda simpan semua Database pelanggan yang pernah membeli atau pernah hubungi anda tapi tak membeli? Adakah di Whatsapp? Atau mungkin di slip pos J&T? Sekiranya ya, maka Database itu sekarang tidak tersusun. Jika Database anda berterabur, sukar untuk anda jalankan apa-apa kempen pemasaran yang memerlukan anda untuk menggunakan Database and aitu.
Cara mudah untuk pastikan Database anda tersusun adalah dengan menggunakan sistem. Semua Database disusun mengikut tag. Contoh, ‘Tag 1 – Pelanggan beli produk A’, ‘Tag 2 – Pelanggan belum beli’. Dari tag ini, anda boleh jalankan kempen pemasaran yang berbeza.
Dengan Database yang lebih tersusun, anda boleh bezakan kempen mengikut jenis Database yang anda ada. Untuk tag 1, dimana Database pelanggan yang pernah membeli produk Adikumpulkan, anda boleh jalankan kempen pemasaran untuk belian ulangan atau mungkin promosi untuk Produk B. Produk baru yang mereka belum pernah beli.
Nampak lebih mudah betul? Lebih senang untuk anda hubungi pelanggan anda mengikut mesej dan kempen yang berbeza. Tips khas untuk anda, pelanggan anda lebih suka sekiranya mesej yang anda hantar kepada mereka lebih personalize. Haa personalize tu apa pula? Untuk topik tu, saya akan ceritakan di blog yang lain. Kalau saya cerita topik tu disini, panjang pula blog ni nanti. Kalau panjang sangat, risau anda pula yang tak habiskan bacaan. Ok jom kita teruskan dengan cara uruskan Database yang kedua.
#2 Pecahkan Database Mengikut Jenis Prospek
Penting ke kenal Database pelanggan dengan mendalam? Kan boleh je jalankan kempen pemasaran yang sama untuk semua Database pelanggan. Untuk anda lebih faham, kenapa kempen pemasaran perlu dijalankan mengikut jenis prospek, kita ambil contoh aplikasi Food Panda. Anda boleh terus cuba kempen yang saya akan terangkan ini.
Anda boleh ke aplikasi Food Panda, kemudian anda cuba pilih mana-mana kedai untuk buat pesanan makanan. Jangan bayar ye. Anda tekan sampai ke bahagian akhir sebelum bayaran. Kemudian boleh terus keluar dari aplikasi tersebut. Tunggu…
Dan nantikan satu notifikasi dari aplikasi tersebut untuk tanya adakah anda sudah bersedia untuk membeli. Haa itu adalah contoh mudah bagaimana Food Panda pecahkan Database yang menggunakan aplikasi mereka. Untuk mereka yang ingin memesan makanan tapi belum buat apa-apa bayaran, Food Panda akan menghantar satu notifikasi untuk follow up pelanggan tersebut.
Anda boleh lakukan strategi yang sama dengan cara membezakan jenis pelanggan yang anda ada. Dari pecahan perbezaan Database ini, anda boleh susun strategi untuk fokus pada pelanggan yang mana boleh memberikan jualan tinggi untuk anda. Katakanlah, bila anda susun Database anda dapati, ada 20 pelanggan yang pernah tanya tapi mereka minta dengan anda untuk bayar pada hari gaji mereka. Bayangkan jika anda tidak bezakan Database itu, dengan Database yang lain.
Boleh jadi anda akan terlepas pandang untuk hubungi semula prospek yang hanya menunggu hari gaji untuk membeli produk atau servis anda. Database pelanggan mana yang lebih berkualiti? Database pelanggan yang mana yang perlu anda utamakan?
Kesimpulan
Selesai berkenaan strategi Bagaimana CRM dapat membantu anda Menguruskan Database Pelanggan. Persoalannya, ada ke sistem yang boleh bantu anda untuk mudahkan proses untuk anda urus Database pelanggan?
Khas untuk pembaca blog Kuasa, saya nak kongsikan dengan anda bagaimana Kuasa boleh bantu anda untuk urus Database pelanggan mengikut strategi yang saya telah kongsikan di atas. Kuasa CRM boleh bantu anda untuk menyusun Database pelanggan sedia ada. Bukan itu sahaja, Kuasa CRM juga boleh bantu untuk asingkan atau membezakan jenis-jenis pelanggan.
Kuasa CRM dibina untuk mudahkan pengguna menguruskan Database pelanggan. Dengan harga serendah RM99, anda sudah boleh mulakan gunakan sistem Kuasa CRM. Ingat, Database yang lebih tersusun akan bantu anda untuk tingkatkan lagi jualan produk atau servis anda.
Start selling smarter, better and faster
Collect more leads, convert them to clients, and turn those clients into fans with Kuasa powerful CRM and sales and marketing automation.
No credit card required.Used by over 40,000 companies.