Bagaimana Seller Ini Berjaya Hasilkan Jualan Setengah Juta Ringgit!

Di dalam artikel kali ini saya nak kongsikan kepada anda satu kisah bagaimana seller ini berjaya menghasilkan jualan mencecah lebih RM500,000 dalam tempoh 2 bulan dengan hanya menjual produk yang berharga cuma RM20-RM25.


Pastinya ramai tak menyangka dengan cuma menjual produk harga murah boleh hasilkan jualan lebih setengah juta ringgit dalam tempoh singkat. 


Untuk pengetahuan anda, ini adalah kisah sebenar seorang seller yang bernama Mior Ashraf Norul Bashah atau lebih dikenali dengan nama panggilan Abang Mior. 


Abang Mior adalah pengasas kepada syarikat Gerbang Malaya Sdn Bhd – yang menjual kek jenama Kek Malaya dengan harga cuma serendah RM20 – RM25 seunit.


Sebelum ini, purata jualan bulanan cuma sekitar RM90,000. Namun selepas apply satu teknik simple ini, jualan Kek Malaya Abang Mior mencanak sehingga mencecah RM500,000 dalam tempoh 2 bulan pelancaran.


Kini Abang Mior telah pun mempunyai empat cawangan di Selangor iaitu di Ole-Ole Mall Shah Alam, Taman Alam Megah, Taman Pertama, Cheras dan yang terbaru di Subang Perdana.

Apa yang Abang Mior lakukan sehingga jualan beliau mendapat hasil sebanyak RM500,000?

Ada 3 langkah utama yang Abang Mior lakukan sehingga berjaya menghasilkan jualan setengah juta tersebut.

Kumpul Database Prospek

Ya, untuk permulaan Abang Mior hanya fokus untuk mengumpul database prospek. Ia merangkumi Nama, Emel dan Nombor Telefon. 

Untuk mengumpul database prospek, Abang Mior menggunakan Optin form seperti berikut:

Di dalam contoh ini, Abang Mior menawarkan Voucher Pembelian secara percuma sempena pembukaan Kedai Kek Malaya beliau.

Optin Form ini bertujuan untuk anda mengumpul database (Nama, Phone, Emel) orang yang berminat dengan produk atau servis bisnes anda. 

Optin Form ini akan memudahkan anda untuk mendapatkan nama, nombor telefon dan juga emel prospek secara sistematik. 

Prospek hanya perlu key-in maklumat mereka di dalam Optin form tersebut untuk dapatkan info lanjut berkenaan tawaran yang anda ingin berikan.

Iklan di Facebook Ads

Setelah Abang Mior membina optin form, beliau menggunakan iklan Facebook ads untuk beliau sebarkan mengenai promosi tersebut. 

Secara asasnya lebih ramai yang melihat tawaran beliau, maka lebih ramai prospek yang akan ‘subscribe’ pada Optin Form yang beliau hasilkan.

Dengan ini, mudah untuk mendapatkan database pelanggan yang baru atau pun yang lama.

Beliau membuat iklan tersebut untuk menarik perhatian ramai orang untuk datang ke kedai & join contest yang beliau adakan juga.

Ya, untuk permulaan Abang Mior hanya fokus untuk mengumpul database prospek. Ia merangkumi Nama, Emel dan Nombor Telefon. 

Untuk mengumpul database prospek, Abang Mior menggunakan Optin form seperti berikut:

Bina Reminder

Selepas berjaya mengumpul ramai prospek melalui Optin form, Abang Mior membina beberapa siri ‘reminder’ untuk dihantarkan kepada semua prospek tersebut.

Ini adalah fasa yang sangat penting untuk kita pastikan pelanggan merasai keterujaan untuk membeli produk kita.

Pertama, Abang Mior menyusun Reminder yang sepatutnya dihantar kepada para pelanggan.

Kedua, Abang Mior lakukan blasting Reminder tersebut mengikut hari untuk pastikan pelanggan update dan tahu tentang hari kejadian.

Tujuan Abang Mior melakukan aktiviti Reminder dan blasting terhadap pelanggan beliau adalah kerana ramai orang mempunyai banyak aktiviti seharian dan perlu untuk kita ingatkan kepada mereka apa yang kita tengah nak promosikan supaya mereka rasa penting untuk diletakkan dalam jadual kehidupan mereka.


Sebagai usahawan, kita perlu bersiap sedia untuk terus mengingatkan pelanggan terhadap produk dan servis yang kita tawarkan.


Fokusnya adalah untuk buat orang ingat tentang produk dan servis kita. Itulah yang Abang Mior lakukan untuk pastikan orang ingat tentang hari pelancaran kedai barunya dan ada contest yang perlu mereka sertai.


Mari saya kongsikan contoh ayat-ayat Reminder yang digunakan oleh Abang Mior untuk blasting kepada pelanggan beliau.

Ini pula contoh mesej reminder yang dihantarkan kepada semua pelanggan yang telah hadir pada hari pembukaan kedai.


Reminder – Terima Kasih ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan. Anda juga boleh ambil peluang untuk minta review daripada pelanggan.

Jika anda perasan, ada 3 fasa yang Abang Mior lakukan untuk ‘blasting reminder’ kepada database pelanggan beliau:

Sebelum bermulanya pelancaran pembukaan kedai terbaru – Abang Mior hantarkan mesej untuk ingatkan tentang pembukaan kedai baru di Taman Pertama, Cheras.

Pada hari pembukaan kedai – Abang Mior mesej lagi untuk ingatkan kepada pelanggan untuk datang dan jadi terawal untuk dapatkan ‘offer’ yang akan beliau ingin berikan.

Selepas pembukaan kedai – Abang Mior mesej untuk berterima kasih dan menunjukkan rasa penghargaan kepada pelanggan. Inilah peluang yang beliau ambil untuk dapatkan review pelanggan.

Alhamdulillah hasil daripada reminder-reminder tersebut, menyebabkan ramai yang beratur pada hari pembukaan tersebut. 


Pastinya ia sangat menggembirakan team Kek Malaya atas kejayaan pembukaan kedai di Taman Pertama. Objektif Abang Mior tercapai!

Bagaimana Sistem Kuasa.io Membantu Kempen Pelancaran Kedai Kek Abang Mior?

Untuk pengetahuan anda, sistem Kuasa.io adalah platform CRM (Customer Relationship Management) pertama yang dibangunkan oleh syarikat lokal di Malaysia yang mengintegrasikan 3 platform blasting sekaligus. 


Ia merangkumi Whatsapp Blaster, Email Blaster dan SMS Blaster.


Dengan adanya fungsi ‘centralize blasting’ ini memudahkan seller untuk mengumpul dan menguruskan database dengan cara yang lebih mudah dan berkesan.


Seller sudah tidak perlu melanggan pelbagai sistem blaster yang berbeza-beza untuk tujuan menghantar mesej kepada pelanggan sekaligus. 


Dengan 3 langkah mudah, Sistem Kuasa.io berjaya membantu lebih 70,000 pengguna sejak dibangunkan pada tahun 2019.

Upload Data Pelanggan

Anda hanya perlu kumpul semua data yang ada dengan tersusun dalam bentuk CSV file Excel, dan kemudian upload dengan hanya 1 klik sahaja dalam sistem Kuasa.io

Tulis Mesej Copywriting

Anda boleh tulis mesej promosi bisnes ataupun boleh sahaja pilih mana-mana copywriting yang telah team Kuasa sediakan dalam sistem yang khas untuk anda. Mudah kan!

Untuk menarik lagi, anda boleh masukkan gambar juga untuk mesej yang ingin diblast tersebut.

Blast Message

Semudah dengan 1 Klik sahaja, anda boleh blast mesej tersebut kepada semua database anda sama ada di sms/whatsapp/emel. Yang menariknya, anda boleh setkan jadual untuk blast mesej bila-bila masa mengikut keperluan anda.

Daftar Kuasa.io Cuma RM1.00!

Jika anda berminat untuk tingkatkan jualan bisnes anda dengan sistem Kuasa.io ini, kami sangat berbesar hati dan menawarkan kepada anda langganan bermula serendah RM1 sahaja.

PERHATIAN:
Buat anda yang buat langganan Kuasa pada hari ini, kami berbesar hati untuk sertakan bonus eksklusif berikut sebagai penghargaan buat anda yang bertindak pantas!

Facebook
Twitter
LinkedIn