CRM (Customer Relationship Management) atau Pengurusan hubungan pelanggan adalah satu sistem yang membantu mengurusan database anda. Kebiasaannya syarikat-syarikat besar akan menggunakan sistem CRM untuk menguruskan proses jualan mereka. Banyak kelebihan jika anda menggunakan sistem CRM contahnya meningkatkan jualan dan tukarkan pelanggan anda menjadi pelanggan yang akan repeat order.
Disini saya nak share bagaimana CRM dapat tingkatkan jualan anda dalam jangka masa panjang :
1. Kekal memantau kitaran jualan anda pada sepanjang masa
Jika anda dapat pantau kitaran sales anda, sudah pasti ia dapat menguatkan hubungan untuk boost pekembangan sales anda. Kalau anda gunakan sistem pemantauan seperti CRM, anda boleh tingkatkan rate jualan anda. Dengan sistem CRM yang terbaik, anda akan diberitahu tentang bagaimana sales anda berlaku dan apa yang patut anda ubah. Ingat! Semakin banyak anda pantau semakin banyak anda boleh tingkatkan sales anda.
2. Kongsi info dengan semua team sales
Jika proses bisnes anda berterabur dan tak tersusun, mesti anda akan serabut dan pening nak cari semula data-data atau record pelangan anda. Tetapi dengan bantuan CRM, team sales anda bukan sahaja disamakan dalam satu tempat, tetapi semua boleh dapat info dengan cepat. Dengan cara ini anda dapat kurangkan risiko, dan kesilapan yang boleh menghalang pekembangan bisnes anda.
Contohnya, kalau team anda hubungi pelanggan yang sama dua kali, pasti pelanggan akan beranggapan bisnes anda tidak sistematik dan tersusun. CRM membantu untuk kongsi maklumat dan mudah untuk semua team mengetahui progress sales mereka.
3. Marketing anda berlaku secara automatik
CRM software sangat berguna kalau anda nak automatikkan semua kerja dan marketing. Kalau anda boleh automatikan marketing, anda dapat kurangkan errors dan jimatkan banyak masa dan kos anda dalam jangka masa panjang.
Contohnya, anda boleh automatikan email melalui CRM kepada semua database pelanggan anda. Dengan gunakan cara ini dapat jimatkan tenaga kerja staff anda daripada perlu sent manual satu persatu email setiap hari.
4. Data Analisis
CRM software membantu anda untuk analisi data, yang mana sangat berguna untuk mengetahui kos marketing, berapa yang anda telah laburkan. Anda akan cepat menentukan daripada sumber marketing yang mana yang boleh dapatkan lebih banyak keuntungan. Jadi dari situ anda boleh tahu marketing jenis apa yang anda perlu buat.
CRM juga boleh beritahu data yang mana berguna dan yang patut anda fokuskan. Ia membuatkan anda mudah untuk mengetahui prospect mana yang berkualiti dan boleh menjadi pelanggan anda.
5. Membantu anda lebih memahami pelanggan anda
Pengurusan jualan dapat mengetahui data tentang pelanggan anda dengan behavior mereka daripada aktiviti sosial media mereka. Info yang anda dapat akan membantu jualan dengan membuat strategik marketing berdasarkan apa yang pelanggan suka dan tidak suka. Dalam masa yang sama anda dapat lebih kenal dan memahami kehendak/keperluan pelanggan anda. Anda juga dapat kelaskan pelanggan kepada beberapa segmentation sangat penting supaya anda dapat tahu target market anda.
6. Tingkatkan pengurusan kerja
Dengan adanya sistem CRM, anda boleh gunakan pelbagai fungsi yang digunakan oleh syarikat besar diluar sana. Selain dapat membina hubungan yang baik dengan pelanggan, sistem ini juga memain peranan menguruskan tugas-tugas jobskop anda. Kalau anda nak buat lebih banyak bisnes, team sales anda perlu melakukan tanggungjawab yang penting dengan sebaiknya. Sistem CRM membantu staff anda menguruskan akaun pelanggan dan mengekalkan hubungan yang baik dengan pelanggan.
Jika anda menguruskan pengurusan kerja dengan baik, ia dapat membantu untuk menambahkan jualan kepada bisnes anda.
7. Mengeluarkan laporan dengan mudah
Membuat keputusan, melaksanakan strategik marketing adalah perkara yang dapat menjana jualan dalam masa yang panjang. Tapi, nak buat semua itu mestilah anda perlu buat kajian dan dapatkan laporan tentang jualan anda. Sistem CRM ada dashboards dan beberapa fungsi yang automatik dan anda tidak perlu untuk membuat laporan secara manual. Hasilnya anda dapat laporan pada bila-bila masa, cepat dan pantas.
Kesimpulan
Jadi dengan jelasnya anda boleh nampak, sistem CRM memang boleh membantu bisnes anda dan anda boleh lihat perbezaan yang sangat ketara. Mungkin kalau sebelum ini anda hanya buat kerja secara manual dan perlu record data satu persatu, CRM boleh automatikan semua kerja anda. Gunakan tips yang saya kongsi diatas, supaya anda dapat gunakan untuk meningkatkan bisnes anda pada jangka masa yang panjang.
Anda perlu memilih sistem CRM yang berkualiti yang dapat membantu sistem anda. Anda boleh buat survey dan pilih sistem yang paling bersesuaian dengan keperluan dan budget anda. Kalau anda tak pasti nak gunakan sistem apa? Anda boleh cuba gunakan Kuasa. Untuk maklumat lanjut klik link ini https://global.kuasa.io/