Group 7775 (3) 3

5 tips untuk kurangkan kadar Abandoned Carts dan Boost Sales Anda

Mengikut data yang dikongsi oleh Business Insider, pembeli online, khususnya, meninggalkan order form mereka masa nak buat pembayaran. Ini adalah senario biasa di dalam desktop atau mobile version. Ada beberapa fasa mengikut research dari mana pengguna cenderung untuk meninggalkan order form tanpa melengkapkan prosedur pembayaran.

  • 46,1% berlaku semasa pembayaran
  • 37.4% berlaku semasa login checkout
  • 35.7% berlaku apabila pembeli melihat kos penghantaran
  • 20.9% berlaku apabila pengguna perlu memasukkan maklumat pembayaran mereka
  • 20% berlaku apabila pengguna perlu memasukkan alamat penghantaran atau penghantaran mereka

Sumber : Business Insider

30-40% pelanggan yang visit website anda sebenarnya ada keinginan untuk membeli.

Walaupun sebahagian besar perniagaan eCommerce memilih pemasaran e-mel untuk menukar orang-orang pelawat menjadi pembeli, tetapi jika anda optimumkan Checkout form ia dapat membantu anda untuk mendapat lebih banyak conversion rate. Ini kerana ramai peniaga online sering mengabaikan apa yang patut mereka ubah.

Jadi dalam blog ini saya akan share 5 tips untuk kurangkan kadar Abandoned Carts dan Boost Sales Anda.

1. Buat One page checkout

Sebab utama orang nak beli online adalah untuk jimatkan masa tak perlu keluar rumah dan mendapatkan semuanya dengan hanya satu klik. Itu adalah tujuan asal pelanggan anda nak semua cepat dah mudah dihujung jari. Sebab itu penting untuk anda memudahkan proses checkout mereka. Seluruh proses mestilah jelas dan tepat. One page checkout membantu anda menguruskan order form yang anda inginkan. Tapi ingat! Pastikan anda beritahu semua maklumat tanpa ada yang tersebunyi. Jangan kejutkan para pengguna dengan bayaran tambahan dan kos penghantaran secara sembunyi.

2. Ketatkan fungsi keselamatan dan trusted

Bina kepercayaan adalah kunci untuk trigger pengguna untuk membuat pembayaran. Proses pembayaran adalah bahagian paling sensitif dalam pembelian online dan pengguna cenderung merasa bimbang tentang keselamatan. Trust signal sangat jelas, tetapi tidak selalu dilaksanakan di kebanyakkan website. Seperti artikel cxl.com, ujian pengesanan mata memaparkan corak pemerhatian umum pada page checkout. Dalam gambar ini kita dapat lihat pengguna akan lebih tertumpu untuk melihat bahagian fungsi keselamatan.

Sumber : cxl.com

3. Sediakan refund dan penggantian produk 

Jaminan wang kembali (refund) dan penggantian adalah satu kemestian bagi pengguna sebab mereka tak dapat sentuh mahupon test produk. Kurangkan ketakutan yang berkaitan dengan pembelian online adalah penting untuk mengurangkan kadar abandoned cart dan meningkatkan jualan. Memang akan ada risiko produk akan dikembalikan oleh pelanggan, jadi jaminan pulangan semula adalah satu kemestian. Jadikan keseluruhan proses pulangan tanpa error dengan menggunakan sambungan yang cekap. Jadi anda perlu tahu cara yang baik untuk mempengaruhi pembelian balik dan semakan semula.

4. Buat order form yang ringkas dan mudah diisi

Macam saya pernah beritahu sebelum ini. Jika proses checkout anda panjang dan terlalu banyak maklumat yang pembeli perlu isi, pelanggan anda akan terus turn-offOrder form sepatutnya perlu ringkas dan simple. Jangan tanya banyak sangat info kepada pembeli. Order form sepatutnya mempunyai maklumat yang penting sahaja. Pembeli online tak suka menunggu lama jadi anda boleh bantu mereka untuk cepat buat pembayaran segera.

5. Dapat kan emel sebelum pelanggan checkout

Ada satu lagi faktor yang perlu anda ambil berat. ID e-mel pembeli adalah penting sama ada dia adalah pengguna berdaftar atau guest. Sebabnya walaupun semua maklumat lain ada tetapi ia belum tentu conversion nya 100% dijamin. Minta pengguna untuk memasukkan alamat emel mereka pada permulaan. Selepas itu, pelanggan boleh memilih sama ada mereka mahu menyemak sebagai guest atau daftar akaun. Dengan cara ini, anda akan mendapat id e-mel tanpa menjejaskan pelanggan. Gunakan e-mel marketing untuk meningkatkan conversion rate.

Kesimpulan

Jika anda ada kedai online/eCmmerce anda sendiri atau anda hanya nak survey, jika anda perbetulkan cara untuk kurangkan abandance cart, ia sangat-sangat membantu untuk boost jualan anda. Optimumkan proses pembayaran anda dan pastikan bahawa website anda menonjol daripada orang lain. Diharapkan 5 tips yang saya share ini dapat bantu kurangkan kadar Abandoed Carts dan Boost Sales Anda.

Untuk bina Order form anda sendiri, sila layari www.kuasa.io untuk mendaftar secara percuma sekarang!.

Start selling smarter, better and faster

Collect more leads, convert them to clients, and turn those clients into fans with Kuasa powerful CRM and sales and marketing automation.

No credit card required.Used by over 40,000 companies.