Group 7775 (3) 3

5 Tips Marketing Pakaian di Whatsapp

Bila kita bercakap tentang Whatsapp, pasti ramai yang menggunakannya sebagai platform utama untuk berkomunikasi dengan ramai orang. Whatsapp juga menjadi ruang untuk berkongsi gambar & dokumen yang berkaitan, malah aktif untuk menghubungi melalui video Whatsapp. Berdasarkan kajian daripada Statista tahun 2022, Whatsapp telah pon mencapai 2.44 billion pengguna seluruh dunia. Ini menunjukkan Whatsapp adalah antara platform penting di dunia ini berkomunikasi.

Tak cukup dengan sekadar berkomunikasi, Whatsapp menjadi platform penting dalam membantu para usahawan untuk mengukuhkan lagi urusan bisnes. Whatsapp menjadi ruang untuk menguatkan hubungan yang lebih baik antara peniaga dan pelanggan. Inilah peluang yang baik untuk para peniaga ambil untuk kukuhkan lagi bisnes dengan Whatsapp.

Marketing melalui WhatsApp boleh menjadi cara yang berkesan untuk memikat pelanggan yang berpotensi. Jom saya nak kongsi 5 tips untuk marketing pakaian melalui WhatsApp:

1- Bina pusat database yang berfokus

Anda boleh mulakan dengan pusat database orang yang berminat dengan produk atau servis anda. Anda boleh mengumpul nombor telefon melalui borang pendaftaran, offer, atau media sosial. Pusat database ini boleh mengumpulkan pelanggan yang berpotensi dalam satu kumpulan whatsapp yang sama untuk mudah anda promosikan tentang pakaian anda.

 

2- Cipta profil perniagaan

Menyiapkan profil perniagaan yang termasuk nama perniagaan, logo, dan keterangan ringkas tentang apa yang anda tawarkan. Ini boleh diadakan dengan menggunakan Whatsapp Business supaya mudah untuk para pelanggan bertanya dan membeli produk/servis bisnes serta memudahkan anda untuk menguruskan kenalan anda. Lebih baik lagi kalau anda ada nombor Whatsapp yang khas untuk bisnes yang boleh meletakkan semua produk pakaian anda dalam katalog yang disediakan.

 

3- Jadikan mesej anda personal

Gunakan nama penerima dan sesuaikan mesej anda untuk pelanggan rasa lebih dekat, menarik & mesra serta meningkatkan kepercayaan pelanggan. Boleh tambah emoji untuk hidupkan suasana yang beremosi gembira dalam mesej tersebut. Contoh : 

“Hai (nama customer), berminat untuk book (nama produk) kami ya? Saya, (nama penjual), akan uruskan semua hal tentang(brand).😄

(Nama customer) boleh tanya apa sahaja pada saya ya…😇”

Tapi, jika database pelanggan ramai, pasti anda penat untuk mesej setiap seorang secara personal dan perlu edit setiap satu nama. Ada platform yang sesuai dan memudahkan anda untuk hantar mesej secara pukal hanya dengan satu klik sahaja beserta template yang telah sedia ada tanpa perlu pening-pening untuk fikir ayat. Lihat step by step tutorial untuk broadcast mesej database pelanggan.

4- Tawarkan offer eksklusif

Tawarkan offer eksklusif atau dikenali juga sebagai ‘sexy offer’ kepada pelanggan WhatsApp anda untuk memberi nilai manfaat yang berbaloi-baloi kepada mereka. Contoh sexy offer seperti ;
a) Beli sepasang baju kurung, ada dapat percuma tudung yang sepadan dengan baju.
b) Free Shipping
c) Baucar or kupon
d) Free Gift

Offer ini juga akan membantu untuk follow up pelanggan yang dah lama tak membeli daripada anda, dan boleh meningkatkan repeat order. Anda boleh urus database pelanggan anda dengan lebih baik bila anda tahu target pelanggan yang sesuai berdasarkan status keaktifan pembelian. Untuk mudah mengurus setiap database pelanggan, anda boleh menggunakan sistem Kuasa yang akan membantu anda dengan mudah untuk menyusun setiap satu pelanggan berdasarkan status mereka.

 

5- Beri respons secara cepat di bawah 5 minit

Beri respons kepada mesej dengan cepat untuk menunjukkan bahawa anda menghargai pelanggan anda dan berdedikasi untuk menyediakan servis yang terbaik. Apabila pelanggan anda mula chat di WhatsApp, itu tanda anda dah menjadi prioriti utama dan menangguhkan urusan lain untuk mendapatkan jawapan atau respons tentang produk dan servis anda. Maka latihlah diri anda untuk balas setiap chat di bawah 5 minit untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan dalam urusan bisnes.


Whatsapp adalah platform bagus untuk meningkatkan hubungan dengan pelanggan, tapi apabila database pelanggan anda makin bertambah, pasti anda akan mempunyai ruang kemampuan yang rendah untuk mesej & follow up setiap pelanggan yang anda. Dengan ini, anda memerlukan satu sistem khas yang akan membantu anda untuk mesej secara automatik dan mesej pelanggan anda secara konsisten untuk meningkatkan repeat order tanpa perlu anda stress dan penat. Nak tahu cara cepat untuk mesej secara banyak sekali gus kepada pelanggan? Jom tengok tutorial menggunakan Kuasa Blast yang telah saya kongsi sebelum ini.

KESIMPULAN

Kunci kepada marketing melalui WhatsApp adalah memberikan nilai dan menguatkan hubungan dengan pelanggan anda. Dengan melakukan hal ini, anda dapat meningkatkan interaksi dan pada akhirnya meningkatkan jualan. Jom tingkatkan lagi jualan dengan sistem Kuasa!

Jangan lupa share artikel ini

Nak Belajar Secara Online?

Belajar Rahsia Step By Step Naikkan Jualan Ribuan Ringgit Dengan Database Sedia Ada Tanpa Perlu Cari Pelanggan Baru!

Nak Belajar Secara Online?

Belajar Rahsia Step By Step Naikkan Jualan Ribuan Ringgit Dengan Database Sedia Ada Tanpa Perlu Cari Pelanggan Baru!