Pernah tak anda dalam situasi ini,
“Eh,bisnes kau dah ada database belum?”
“Banyaknya nombor contact pelanggan, boleh simpan banyak database.”
Bila orang banyak cakap pasal database, diri sendiri pon tertanya-tanya.
Apa itu database?
Sebenarnya, bukan anda sahaja yang tak tahu atau tak faham maksud sebenar database.
Ramai lagi yang tak tahu sebenarnya, sila angkat tangan sikit!
Meh sini, saya kongsikan cerita sebenar tentang database dalam bisnes.
Pastikan mata anda teruskan membaca ya.
1- Database adalah Data Prospek/Pelanggan
Saya pasti semua yang membaca ini ramainya adalah usahawan yang mempunyai data semua pelanggan. Apa jenis data tersebut?
Contohnya emel, nombor telefon, alamat, minat, keperluan, masalah dan banyak lagi info tentang pelanggan tersebut.
Untuk dapatkan semua info ini, pastilah bermula daripada saat pertama anda bertemu pelanggan yang berminat dengan produk/servis yang anda sediakan sehingga kita boleh hubungi kembali pelanggan tersebut. Makanya, segala mesej antara pelanggan dan anda adalah data-data yang penting untuk disimpan.
Faham? Saya nampak anggukkan anda di situ, bagus!
Jom kita teruskan lagi.
2- Database adalah Pusat Simpanan Khas “Harta Karun” Bisnes Anda
Mungkin kita dah ada data-data yang seperti di atas, tapi sedihnya data-data tersebut hanya disimpan begitu sahaja. Disimpan di dalam telefon,fail-fail di pejabat, ditulis di atas kertas, atau mungkin boleh jadi juga di papan putih pejabat anda. Betul tak?
Kalau itulah yang anda iyakan, makanya anda telah buat satu kesilapan besar dalam bisnes!
Tahu tak, anda boleh kehilangan semua data tersebut dengan mudah. Database adalah harta karun terbesar bisnes anda, untuk meningkatkan lagi jualan & kesetiaan pelanggan. Jika data anda hanya berpuluh-puluh sahaja mungkin nampak masih okay, tapi pastilah kita mahu meningkatkan lagi pelanggan yang sedia ada. So, tak cukup untuk kita sekadar simpan sahaja di mana-mana. Jom kita buat perubahan dalam bisnes dengan menyimpan segala data di satu ruang simpanan yang lebih baik. Di mana ruang tersebut?
Semua data lebih baik disimpan di ruang khas sekali gus supaya ia menjadi pusat simpanan. Dalam bahasa Inggeris, kita panggil ‘centralize’.
Contoh pusat simpanan data :
a) Microsoft Excel
b) Google Drive
c) One Drive
d) Kuasa https://kuasa.io/
Dengan adanya pusat simpanan yang khas untuk data bisnes anda, lebih mudah untuk merujuk kembali semua data pelanggan yang ada, data lebih terjaga dan membolehkan kita fokus kepada pelanggan yang berkualiti.
3- Database ada Kategorinya
Bila kita ada banyak pelanggan, kita mungkin akan confuse dengan terlalu banyak data. Sehingga mungkin ada data yang bertindih antara data yang lain. Bila bertindih, kita akan dapat kumpulan data yang tak berkualiti dan tak jelas tujuan data yang disimpan. Meh, saya kongsikan pembahagian data yang kita boleh buat.
Kita boleh bahagikan data-data tersebut berdasarkan kategori, seperti :
a) Data Pelanggan
b) Data Prospek
c) Data Ejen
Daripada semua data yang ada pula, kita boleh bahagikan kepada tingkatan data yang berkualiti,
1- Hot : Mereka yang berpotensi & serius untuk membeli produk.
2- Warm : Mereka yang dah mengenali produk bisnes kita, hanya belum ada keinginan lagi untu membeli.
3- Cold : Mereka yang belum lagi kenal produk bisnes anda.
Dalam sistem Kuasa https://kuasa.io/ , segala penyusunan kategori telah pon disusun untuk memudahkan anda mendapatkan pelanggan yg berkualiti. Dengan ini, akan lebih memudahkan anda sebagai usahawan serta team untuk follow up database yang sedia ada. Tenang hidup kan!
Anda dapat sesuatu?
KESIMPULAN
Database adalah kumpulan info tentang pelanggan yang tersusun & ‘centralize’ yang boleh anda hubungi dan berinteraksi semula dengan mereka.
Moga perkongsian saya kali ini membantu & bermanfaat untuk bisnes anda.
Sekarang dah tahu tentang database, moga maju jaya bisnesnya!
Insya Allah, kita jumpa pula next artikel..Assalamualaikum.